Kawalan Anai-Anai Dan Rawatannya



Ramai orang mengetahui bahawa anai-anai memakan kayu, tetapi serangga perosak ini juga memakan benda lain yang diklasifikasikan sebagai lignoselulosa (iaitu bahan yang kaya dengan bahan organik), seperti:



Rumah anda boleh diserang anai-anai tanpa amaran. Anai-anai sering memusnahkan kayu, yang merupakan makanan utama mereka. Selain kerosakan pada struktur bangunan dan perabot, masalah anai-anai juga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian jika bumbung rumah runtuh akibat serangan anai-anai yang teruk. 


Tahukah anda kerosakan rumah akibat serangan anai-anai lebih kerap berlaku berbanding banjir dan kebakaran? Ini kerana persekitaran tropika dan kelembapan yang tinggi di negara kita telah menyumbang kepada peningkatan jumlah koloni anai-anai. Kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai ini tidak dilindungi oleh insurans rumah.


Selalunya kehadiran anai-anai sukar dikesan sebab serengga perosak ini makan bahagian dalam kayu dan bergerak belakang struktur kayu tersebut. Kehadiran anai-anai hanya dapat dikesan selepas keadaan menjadi teruk. Anai-anai kebiasaanya akan menyerang kawasan rumah anda melalui jurang atau retakan antara lantai dan dinding.


Kenali Jenis Anai-Anai

Terdapat tiga jenis anai-anai yang biasa dijumpai:


  1. Anai-anai kayu kering
  2. Anai-anai bawah tanah
  3. Anai-anai busut

Seperti semut, anai-anai juga bekerja keras untuk melindungi ratu mereka. 



4 Cara Mengenali Bahawa Premis Anda Telah Diserang Anai- Anai


1. Kalkatu Berterbangan

Bila ada nampak terdapat kalkatu berterbangan, kemungkinan besar premis ada sudah dijangkiti anai-anai.


2. Terjumpa Rekahan atau Lubang

Gunakan pemutar skru untuk mengetuk perlahan kawasan kayu untuk mencari lubang. Lihat dengan teliti pada bingkai kayu untuk keretakan dan ketukan yang berbeza di tempat tertentu. Jika anda menemui pasir dan lumpur di celah-celah rekahan, rumah anda telah diserang anai-anai.


3. Warna Kayu Berubah 

Warna bingkai pintu dan tingkap atau lantai parket sudah mula berubah. Jika ada anai-anai, warna coklat gelap di tempat tersebut biasanya akan bertukar menjadi coklat cair. 


4. Laluan Lumpur

Bagi yang tidak tahu, laluan lumpur ini halus dan berwarna coklat dan ia menjalar pada permukaan rata dinding anda. Laluan ini bertindak sebagai pelindung daripada cahaya dan semut. Periksa asas binaan rumah anda termasuk hujung dinding dan tiang serta perabot kayu atau bingkai pintu dan tingkap. Jika anda terjumpa laluan kecil yang dibina daripada lumpur ini, itu menandakan terdapat serangan anai-anai. Apabila masalah anai-anai hilang kawalan, pemilik permis terpaksa mencari perkidmatan kawalan anai- anai profesional. 


Cara Pemantauan Anai-Anai (Bait Monitor System)

Stesen pemantauan anai-anai dipasang bagi tujuan pengawasan anai-anai di rumah kediaman anda. Stesen tersebut bertindak dengan memantau aktiviti anai-anai di bawah tanah.


Cara Rawatan Racun Anai-Anai (Liquid Termiticide)

Cara kawalan anai-anai ini dilakukan menggunakan rawatan cecair kimia (Termiticide) yang merupakan satu-satunya rawatan anai-anai yang memerlukan penggerudian pada konkrit, jubin mahupun pada tanah yang keras. Apabila pekerja anai-anai tersentuh lapisan racun pada masa mencari makanan, mereka akan terdedah kepada racun. Racun ini boleh dimakan dan melekat pada badan-badan serengga perosak ini. Pekerja anai-anai yang terjejas kemudian akan menyebarkan racun ke anai-anai yang berada dalam koloni melalui sentuhan fizikal.


Cara Rawatan Pengumpanan Anai-Anai (Bait System)

Sistem Umpan Anai-Anai memanipulasi biologi dan tabiat pemakanan anai-anai dengan memperkenalkan racun kepada sarang anai-anai. Anai-anai yang telah memakan umpan tersebut akan bawa ia balik untuk diberi kepada keseluruhan koloni, termasuk permaisurinya. Bahan aktif yang bertindak sebagai pengawal pertumbuhan serangga (Insect plant product, IGR). akan mencacatkan mereka sewaktu dan selepas mereka melalui proses penyalinan kulit. Permaisuri anai-anai akan mati apabila tiada lagi anai-anai lain yang memberikan makan, ini mengakibatkan eliminasi yang lengkap kepada koloni anai-anai.


Adakah anda mengalami masalah anai-anai dan memerlukan bantuan profesional untuk mengawal dan meghapuskan serangga perosak ini dari premis anda? Hubungi kami di Licentokil, pasukan kami sedia membantu anda.

Call Now

WhatsApp Us